PRN Negeri Sembilan: Jika dipilih, pusat khidmat akan jadi penyelaras peluang kerja penduduk – Calon PH DUN Paroi
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Ahmad Shahir Mohd Shah berkata isu peluang pekerjaan merupakan keutamaan bagi penduduk di Paroi yang terpaksa mencari pekerjaan di luar kawasan. Oleh itu, jika dipilih sebagai wakil rakyat, beliau memberi komitmen untuk menjadikan pusat khidmat Ahli DUN sebagai pusat koordinasi peluang pekerjaan warga tempatan dengan syarikat-syarikat perindustrian dalam kawasan Paroi sendiri. #AgendaAWANI #NegeriSembilanMemilih