AWANI Pagi: Panggil Balik Kenderaan | Sejauh Mana Pengguna Dilindungi?
Panggil balik kenderaan sepatutnya menjamin keselamatan pengguna. Namun, bagaimana jika masalah melibatkan komponen kritikal kembali dilaporkan selepas tindakan pembaikan dilakukan?
Kes Chery Omoda 5 mencetuskan persoalan tentang keberkesanan mekanisme panggil balik, ketelusan maklumat kepada pemilik serta hak pengguna jika masalah keselamatan masih berulang.
Sejauh mana pengguna dilindungi dan apakah penambahbaikan yang diperlukan bagi memastikan keselamatan bukan sekadar janji?