Skip to main content

Advertisement

Serangan udara Israel ragut nyawa remaja Gaza

Serangan udara Israel ragut nyawa remaja Gaza

Serangan udara terbaharu oleh ketenteraan Israel ke atas Gaza mengorbankan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun apabila sebuah balai polis di utara wilayah itu menjadi sasaran. Beberapa anggota polis turut cedera, manakala keluarga mangsa mempersoalkan tindakan tersebut kerana remaja berkenaan dilaporkan sedang menjual roti untuk menyara kehidupan. Insiden itu berlaku ketika Israel terus melancarkan serangan hampir setiap hari walaupun perjanjian gencatan senjata telah dimeterai sejak Oktober 2025.