Skip to main content
Sultan Nazrin seru umat ambil iktibar, bina masa depan

Sultan Nazrin seru umat ambil iktibar, bina masa depan

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyeru umat Islam agar tidak sekadar mengimbau sejarah kegemilangan, sebaliknya mengambil pengajaran daripada peristiwa Hijrah untuk membina masa depan lebih cemerlang.
Baginda menekankan nilai pengorbanan, kepimpinan berwawasan serta perpaduan sebagai asas kekuatan ummah dalam menghadapi cabaran semasa.
Titah tersebut disampaikan sempena sambutan Maal Hijrah 1448H peringkat kebangsaan di Putrajaya.