Skip to main content
Advertisement
TM Nxera sasar PUE bawah 1.3, manfaat teknologi hijau sokong permintaan AI

TM Nxera sasar PUE bawah 1.3, manfaat teknologi hijau sokong permintaan AI

Telekom Malaysia (TM) memperkukuh aspek kelestarian infrastruktur pusat datanya menerusi reka bentuk cekap tenaga, sistem penyejukan canggih dan peningkatan penggunaan tenaga boleh baharu. TM Nxera Data Centre di Johor direka untuk mencapai Keberkesanan Penggunaan Kuasa (PUE) di bawah 1.3 serta dilengkapi teknologi penyejukan cecair bagi memenuhi peningkatan keperluan kuasa dan penyejukan berkaitan kecerdasan buatan (AI), khususnya bagi unit pemprosesan grafik (GPU) berkuasa tinggi. TM turut bekerjasama dengan penyedia tenaga solar, melaksanakan sistem penuaian air hujan serta meningkatkan kecekapan operasi bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.