Anak kecil rentung akibat bedilan di Khan Younis
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan di terbaharu di Khan Younis, Gaza. Serangan udara yang dilancarkan Israel pada Khamis itu membedil kem kemanusiaan yang terletak di Al-Mawasi di daerah selatan wilayah berkenaan. Menceritakan mengenai serangan berkenaan, kata saksi, bedilan itu mengakibatkan dua anak kecil rentung selepas khemah didiami hangus akibat bedilan.