Azizulhasni hanya senyap, dia masih terkejut - John Beasley
Datuk Azizulhasni Awang hanya senyap dan masih terkejut selepas dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis pada lewat malam Sabtu.
The Pocket Rocketman dibatalkan penyertaan gara-gara memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek, sekali gus menyaksikan perjuangannya berakhir.