Bekerjasama buru lelaki cabul wanita di Stesen Maluri
Rapid Rail bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memburu seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental yang telah bertindak agresif menceroboh trek transit aliran ringan (LRT) dan cuba mencabul salah seorang penumpang wanita di Stesen LRT Maluri, pada Jumaat.