Delegasi Malaysia dinasihat tandatangan borang 'permohonan pelepasan segera' - MyCARE
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, pihaknya menjangkakan kesemua delegasi Malaysia yang ditahan semasa menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan dibebaskan dalam tempoh 72 jam selepas borang permohonan pelepasan segera ditandatangani.