Dua maut kereta terbakar di Jalan Tanjung Balau, Kota Tinggi
Dua individu termasuk seorang wanita maut selepas kereta jenis Toyota Vios dinaiki mereka terbakar hampir keseluruhan dalam kemalangan di Jalan Tanjung Balau menuju Sedili, awal pagi tadi. Pasukan bomba dari BBP Penawar menerima panggilan kecemasan pada 4.48 pagi dan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kebakaran.