Pemberontakan Penjenayah | Honduras diisytihar darurat keselamatan
Honduras diletakkan di bawah perintah darurat keselamatan negara pada Khamis susulan pemberontakan daripada kumpulan penjenayah ganas di negara itu.
Presidennya, Xiomara Castro yang mengisytiharkan perkara itu berkata, keputusan itu diambil ketika Honduras menghadapi peningkatan jumlah kes peras ugut melibatkan penjenayah tersebut.