Hasilkan gajet pembuatan kuih semi automatik, juara minggu ketujuh milik Bakineer 2.0!
Bakineer 2.0 telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu ketujuh program INNOVATHON 2 yang disiarkan pada malam Sabtu lalu.
Menerusi pembentangan, Juwaidi Suhaimi telah menjelaskan mengenai Bakineer 2.0 iaitu gajet pembuatan kuih semi automatik.
Gajet ini mampu memudahkan proses pembuatan kuih raya seperti semperit dan tart.