Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyuarakan pendiriannya berhubung perintah eksekutif yang mencabar prinsip kewarganegaraan automatik, menjelang pendengaran kes berkenaan oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Menurut Trump, arahan yang dikeluarkan pada Januari 2025 itu bertujuan menafikan kewarganegaraan automatik kepada bayi yang dilahirkan di negara itu sekiranya ibu bapa mereka bukan warganegara. Pentadbiran beliau berpandangan dasar tersebut mendorong kepada imigresen haram dan fenomena birth tourism, namun langkah itu dikritik sebagai bercanggah dengan Perlembagaan dan bersifat diskriminasi.