Industri aeroangkasa negara mampu jana RM30 bilion tahun ini - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis pendapatan industri aeroangkasa akan mencecah RM30 bilion tahun ini, meningkat daripada RM25.1 bilion pada 2024.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keyakinan itu berdasarkan prospek semasa serta perkembangan positif projek dan perancangan sedia ada.