Skip to main content
Feiran Technology latih 2,000 tenaga mahir sokong industri aeroangkasa

Feiran Technology latih 2,000 tenaga mahir sokong industri aeroangkasa

Feiran Technology memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan industri aeroangkasa negara melalui usaha melatih tenaga kerja berkemahiran tinggi selaras dengan Malaysia Aerospace Industry Blueprint (MAIB) 2030. Setakat ini, Feiran telah melatih kira-kira 2,000 pelajar dan tenaga kerja termasuk golongan profesional berpengalaman bagi mendapatkan pensijilan antarabangsa.