Jangan mudah puas hati, terus tingkat prestasi dan integriti - PM
Warga agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia tidak seharusnya mudah berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seluruh agensi perlu terus memperbaiki prestasi, meningkatkan kecekapan dan integriti sebagai teras penyampaian perkhidmatan.
