JD Vance TITIP doa buat 2 anggota National Guard maut ditembak
Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance menggesa rakyat mendoakan dua anggota National Guard yang maut ditembak berhampiran White House pada Rabu. Dalam ucapan penuh emosi, Vance menyifatkan insiden itu sebagai peringatan bahawa anggota tentera adalah pelindung negara. Tembakan itu mencetuskan operasi keselamatan besar-besaran, dengan seorang suspek telah ditahan.
