AS tarik diri perjanjian tomato Mexico, kenakan duti 17%
Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian anti-lambakan tomato segar dari Mexico yang dimeterai pada 2019, dan akan mengenakan duti sebanyak 17.09% ke atas import berkenaan. Langkah ini susulan kegagalan rundingan perdagangan serta ancaman tarif 30% oleh Presiden Donald Trump terhadap semua import dari Mexico mulai Ogos.