KDN hormati keputusan mahkamah pulangkan 172 jam Swatch
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' dirampas tahun lalu dikembalikan kepada The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa KDN akan mendapatkan laporan penuh berkaitan penghakiman tersebut.