Skip to main content

Advertisement

Mahkamah India kekal keputusan tamat autonomi Kashmir

Mahkamah India kekal keputusan tamat autonomi Kashmir

Mahkamah Agung India pada hari Isnin mengesahkan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Artikel 370 Perlembagaan yang menamatkan autonomi berdekad-dekad di wilayah Jammu dan Kashmir. Panel lima hakim itu membuat keputusan itu selepas mendengar petisyen yang mencabar pembatalan status istimewa Jammu dan Kashmir yang dibuat pada tahun 2019.