Pelaksanaan GST: "Pendapatan minimum RM4,000, barulah kita boleh kaji" - PM Anwar
Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selagi tahap pendapatan rakyat masih rendah kerana bimbang pelaksanaannya akan meningkatkan beban kewangan golongan berpendapatan rendah.
“Pendapatan minimum RM4,000, barulah kita boleh kaji,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pelaksaan semula GST.