Korporat | Brahims rayu keputusan nyah senarai dari bursa
Syarikat penyedia khidmat katerer penerbangan, Brahims Holdings Berhad mengemukakan rayuan kepada Bursa Securtities berkaitan prosedur penyahsenararian.
Syarikat yang diklasifikasikan sebagai PN17 itu berkata susulan rayuan yang dikemukakan itu, ia menjangka prosedur penyahsenaraian pada 20 April ini akan ditunda sementara menanti keputusan bursa berkaitan rayuan itu.