Latihan renang triatlon di Sungai Seine dibatalkan
Sesi latihan renang pertama untuk atlet triatlon Olimpik di Sungai Seine dibatalkan pada Ahad kerana kualiti air yang buruk. Mimpi ngeri itu berkemungkinan menjadikan amaran mengenai risiko pencemaran Sungai Seine terhadap kesihatan atlet, satu kenyataan terutama selepas ia berkali kali disuarakan pelbagai pihak sejak beberapa bulan yang lalu.