Malaria bunuh ratusan ribu orang, Cameroon lancar kempen vaksin pertama
Dalam usaha menangani ancaman malaria yang berterusan, Cameroon pada Isnin memulakan kempen vaksinasi pertama di dunia terhadap penyakit itu.
Ketua Kawalan Penyakit di Pusat Kawalan Penyakit Afrika Mohammed Abdulaziz berkata langkah bersejarah itu bermatlamat memerangi penyakit yang telah membunuh ratusan ribu orang setiap tahun, terutama kanak-kanak di Afrika.