Malaysia berisiko jadi ‘Syurga’ untuk pekerja asing tidak mahir
Pengarah Institut Pembangunan & Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali menegaskan bahawa fenomena ini bukan lagi isu pinggiran, sebaliknya petanda struktur ekonomi negara yang semakin membimbangkan.
