Malaysia-Kemboja tegas promosi keamanan serantau
Malaysia dan Kemboja menegaskan komitmen bersama untuk terus mempromosikan keamanan serta kestabilan serantau, dengan perbincangan giat dijalankan bagi memuktamadkan penubuhan Pasukan Operasi ASEAN (AOT) semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur hujung bulan ini.