Pemergian Pyanhabib mengejutkan - anak
Anak Allahyarham pelakon dan penyair versatil tanah air, Mohd Supyan Abdul Rahman, yang lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman, Najihah Mohd Supyan mengakui masih terkejut dengan pemergian bapa, kerana Allahyarham tidak pernah berdepan dengan sebarang penyakit kronik.