Polis percepat proses keputusan DNA penemuan rangka
Polis Johor akan membuat permohonan kepada Jabatan Kimia agar mempercepatkan keputusan proses ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas sampel rangka manusia yang ditemui di dalam sebuah rumah terbiar di Jalan Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat, pada Jumaat lalu.