Tragedi | Murid tahun satu cedera diserang kera jantan
Keceriaan seorang murid tahun satu untuk memulakan hari pertama persekolahan bertukar tragedi selepas diserang seekor kera jantan di halaman rumahnya. Muhammad Umar Ziyad Zaharudin, 7 tahun cedera di bahagian betis kiri dan tangan kanan akibat diserang kera yang terlepas dipercayai milik penduduk.