UNIMAS rintis amalan sains terbuka untuk perluas perkongsian ilmu
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melaksanakan amalan Sains Terbuka melibatkan seluruh disiplin akademiknya sebagai langkah berani untuk mengiktiraf potensi sesebuah penemuan saintifik dan impaknya kepada masyarakat.