Inovasi UNIMAS: Penyelidikan penyakit berjangkit, bongkar ancaman kesihatan
Kepelbagaian ekologi di Pulau Borneo membuka ruang kepada penyelidikan saintifik dalam mengenal pasti dan memahami ancaman penyakit berjangkit yang memberi kesan kepada manusia. Menerusi Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IKPK) UNIMAS, penyelidikan diketuai Prof. Dr. David Perera memberi tumpuan kepada penyakit berjangkit dan endemik, khususnya penyakit tropika yang berkait dengan persekitaran serta komuniti di Sarawak.