Skip to main content
Advertisement
Inovasi UNIMAS: MediReach, perkhidmatan kesihatan langkaui pedalaman Sarawak

Inovasi UNIMAS: MediReach, perkhidmatan kesihatan langkaui pedalaman Sarawak

Membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada masyarakat pedalaman Sarawak menerusi MediReach, inisiatif Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di bawah Program KPT Prihatin MADANI sejak 2023.

Menjangkau lebih 40 kampung, MediReach menggabungkan perkhidmatan kesihatan bergerak, teknologi digital dan teleperubatan. Usaha ini bukan sahaja memperluas akses kepada rawatan, malah membantu mempercepat pengesanan penyakit dan merapatkan jurang kemudahan kesihatan antara kawasan bandar dengan pedalaman.