Kerajaan memansuhkan tol di beberapa lebuh raya di Selangor, Kedah dan Johor bermula 1 Januari tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan berkenaan melibatkan bayaran tol di Lebuhraya Persekutuan Batu 3, Shah Alam dan Sungai Rasau, Klang, Selangor.

Pada masa sama, turut dimansuhkan ialah tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link di Johor Bahru.

Saksikan pembentangan Bajet 2018 di sini

"Berita gembira untuk pengguna lebuh raya Selangor, Kedah dan Johor mulai 1 Januari tahun 2018, kerajaan memansuhkan tol di Batu 3, Shah Alam dan Sungai Rasau.

"Kedua, memansuhkan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan juga tol Eastern Dispersal Link, Johor," katanya semasa membentangkan Bajet 2018 di Parlimen di sini hari ini.