Kerajaan akan meneruskan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat golongan B40 dengan penambahbaikan terhadap pemberian bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, berkata di bawah program itu, isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000 dan isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan RM750.
BSH sebanyak RM500 juga akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan dari RM3,001 hingga RM4,000, katanya.
Sebagai penambahbaikan, beliau berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada empat anak, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka.
"Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat anak, maka jumlah BSH yang akan diterimah sebanyak RM1,480. Ini lebih banyak daripada jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada sebanyak RM1,200," katanya.
Beliau berkata melalui pemberian BSH itu dianggarkan 4.1 juta isi rumah akan terus menerima bantuan tersebut dengan peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM5 bilion.
Pemberian BSH merupakan salah satu daripada lapan langkah yang akan dilaksana kerajaan dalam usaha menjamin kebajikan dan kualiti hidup rakyat.
Di bawah Belanjawan 2019 yang bertemakan "Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera", Guan Eng berkata RM45 juta juga akan diperuntukkan untuk program i-SURI, skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP,) untuk golongan suri rumah.
Melalui skim tersebut, kerajaan akan menyediakan geran padanan RM40 setiap bulan sebagai insentif kepada suami yang mencarum dengan kadar minimum RM5 sebulan kepada simpanan persaraan isteri.
Beliau berkata kerajaan juga akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial dalam menyokong usaha mereka membantu komuniti kurang bernasib baik dan terpinggir.
"Contohnya seperti projek perolehan sampul surat kerajaan oleh Persatuan Pemulihan Orang Kurang Upaya. Untuk itu, kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta untuk inisiatif ini," katanya.
Sebagai tambahan, potongan cukai pendapatan juga akan diberi ke atas sumbangan mana-mana pihak kepada suatu perusahaan sosial dengan had potongan sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat syarikat dan tujuh peratus daripada agregat individu yang memberikan sumbangan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
BSH sebanyak RM500 juga akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan dari RM3,001 hingga RM4,000. - Gambar hiasan
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
BSH RM300 sebulan buat veteran tidak berpencen berusia 60 tahun - KSN
Langkah ini memberi faedah kepada seramai 41,970 veteran tidak berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.
Jumlah penerima BSH ditingkatkan kepada 15,000 veteran - Adly
Kementerian Pertahanan memutuskan menambah bilangan penerima bagi memastikan mereka yang layak dapat menikmati manfaat terbabit.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
#SuaraMalaysia: 60 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Menerusi kaji selidik bertajuk 'Menjelang Belanjawan 2023, apa tumpuan anda?', tiga jawapan kami berikan untuk dipilih oleh responden.
Projek DJM, inisiatif bantu komuniti nelayan mendepani musim tengkujuh
Projek Dana Jaminan Makanan (DJM) oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan Laut Sarawak memberi nafas kepada komuniti nelayan.
Data raya dimanfaat mudahkan agihan pakej rangsangan kepada golongan rentan - Johan Merican
Kementerian Kewangan akan menyerap data daripada agensi-agensi berkaitan yang mengendalikan golongan berpendapatan rendah, kurang upaya dan mereka yang memerlukan.
COVID-19: Lebih 2 juta rakyat Sabah terima bantuan kerajaan
Lebih 2 juta rakyat Sabah yang terkesan akibat pandemik COVID-19 telah menerima bantuan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan setakat ini.
4.3 juta terima BSH dengan peruntukan RM4.738 bilion tahun ini
Seramai 4.3 juta orang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di seluruh negara yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.738 bilion pada 2020.
Moratorium: Bantuan dikekalkan kepada mereka yang memerlukan, kata Gabenor BNM
Bantuan itu dikekalkan untuk mereka yang memerlukan dan peminjam mempunyai pilihan kepada lebih banyak penyelesaian khusus untuk disesuaikan mengikut keperluan kewangan mereka.