Johor Corporation (JCorp) memeterai Perjanjian Hasrat Kerjasama dengan Siasun Robot Investment Co. Ltd untuk membangunkan tanah seluas 404 hektar bagi projek Robotic Future City di Johor bernilai RM15 bilion.
Perjanjian itu merupakan lanjutan kepada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara JCorp, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Beijing Huize Boyuan Robot Investment Co. Ltd., anak syarikat Siasun, pada 14 April, 2017 di Shanghai, China.
Projek Robotic Future City disasarkan untuk melahir serta menarik tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam memenuhi aspirasi kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan pendapatan tinggi dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi wilayah itu, kata JCorp dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
"Kerjasama strategik ini dengan Siasun merupakan satu langkah utama ke arah memanfaatkan teknologi canggih dalam bidang robotik, inovasi dan atomasi bagi memberi manfaat kepada Johor dan Malaysia," kata Presiden dan Ketua Eksekutifnya Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.
Majlis permeteraian tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersempena dengan forum antarabangsa "Belt and Road" yang diadakan di Beijing, China, pada Ahad.
Siasun merupakan organisasi terbesar pembangunan robotik di China dan yang ketiga terbesar di dunia. Ia tersenarai di Shenzhen Stock Exchange dengan permodalan pasaran sebanyak 40 bilion yuan (RM25 billion).
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2017
Projek Robotic Future City disasarkan untuk melahir serta menarik tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam memenuhi aspirasi kerajaan untuk mewujudkan peluang pekerjaan pendapatan tinggi.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Untung selepas cukai JCorp melonjak lebih 100 peratus kepada RM808 juta bagi tahun kewangan 2022
Pertumbuhan cemerlang itu disokong oleh peningkatan perolehan kumpulan sebanyak 12 peratus iaitu melonjak kepada RM5.7 bilion.
JLand Group kumpul pelaburan RM45.6 bilion pada 2022
Pelaburan itu dicapai melalui beberapa kerjasama strategik yang diwujudkan dengan pemain merentas industri yang terkenal di rantau ini.
JCorp, Sojitz teroka kerjasama inisiatif nyahkarbon di Johor
Kerjasama itu menandakan satu mercu jaya penting dalam usaha kumpulan memulakan perjalanan mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.
JCorp catat keuntungan selepas cukai melebihi 100 peratus kepada RM379 juta bagi tahun kewangan 2021
Pencapaian itu bersandarkan jumlah pendapatan sebanyak RM5.13 bilion, peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding RM4.3 bilion sebelumnya.
Johor disaran buat saringan COVID-19 secara besar-besaran
Inisiatif itu boleh dilaksanakan menerusi kerjasama penyedia penjagaan kesihatan KPJ Healthcare yang dimiliki Johor Corporation Bhd (JCorp) iaitu anak syarikat negeri.
JCorp kenal pasti potensi pelaburan bernilai RM17.4 bilion bagi Taman Perindustrian Pengerang
Potensi pelaburan itu antara lainnya melibatkan operasi kompleks aromatik, loji petrokimia serta perkhidmatan sokongan.
Kamaruzzaman bersara sebagai Presiden, Ketua Eksekutif Jcorp berkuat kuasa 31 Dis
Jawatan Kamaruzzaman akan dipangku naib presiden bahagian tanggungjawab korporat JCorp, Bukhari Abdul Rahman.
Bekas CEO JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim meninggal dunia akibat kanser
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Tan Sri Muhammad Ali Hashim meninggal dunia di ibu negara hari ini.
Nilai aset JCorp yang diwakaf meningkat kepada RM814 juta setakat 2016
Nilai aset Johor Corporation (JCorp) yang diwakafkan untuk masyarakat sehingga tahun lalu telah berkembang kepada RM814 juta berbanding hanya RM250 juta pada 2000.
JCorp bawa pelaburan bandar robotik bernilai RM15 bilion ke Johor
JCorp memeterai Perjanjian Hasrat Kerjasama dengan Siasun Robot Investment Co. Ltd untuk membangunkan tanah seluas 404 hektar bagi projek Robotic Future City bernilai RM15 bilion.