Sime Darby Bhd akan diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu, Jeffri Salim Davidson, di samping ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan baharu, berkuat kuasa 1 Dis, 2017.
Ini susulan penyenaraian unit perladangan dan hartanahnya sebagai entiti berasingan pada 30 Nov, 2017, satu proses yang akan menyelaraskan perniagaan kumpulan Sime Darby.
Syarikat dengan operasi pelbagai itu juga bakal mengalu-alukan pengerusi baharunya, Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
Pengerusinya sekarang, Tan Sri Abdul Ghani Othman, berkata ini merupakan barisan individu unggul yang akan dapat meneraju syarikat melangkah kehadapan.
"Lembaga dan pengurusan kanan, dalam kalangan mereka, memiliki pengalaman luas dan kepakaran yang diperlukan untuk meningkatkan lagi tahap perniagaan dagangan dan logistik," kata Abdul Ghani dalam satu kenyataan hari ini.
Sime Darby akan menumpukan terutamanya bagi perniagaan dagangannya dalam sektor motor dan peralatan berat, selain melibatkan diri dalam sektor pertumbuhan utama seperti perniagaan logistik dan penjagaan kesihatan.
- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2017
Jeffri Salim Davidson. Foto simedarby.com
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Eksklusif: Pengambilalihan UMW penting, Toyota, Perodua akan bantu Sime Darby berkembang
Menurut Jeffri, ketika ini Sime Darby hanya menguasai sekitar 15 peratus perkongsian pasaran melibatkan segmen premium.
Lebih 99 peratus pemegang saham Sime Darby lulus pengambilalihan UMW
99.7 peratus pemegang saham Sime Darby Bhd memberikan kelulusan mengambilalih 61.2 peratus kepentingan PNB dalam UMW Holdings Bhd.
Sime Darby ambil alih 61.2% pegangan dalam UMW berharga RM3.57 bilion, bentuk gergasi permotoran baharu
Sime Darby Berhad mengambil alih 61.18% kepentingan ekuiti dalam UMW Holdings Berhad daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanahraya Trustees Berhad pada RM5 sesaham atau RM3.57 bilion.
Sime Darby dijangka hadapi cabaran pada tahun kewangan 2023
Cabaran dalam rantaian bekalan belum diselesaikan sepenuhnya dan sekatan perjalanan di China menjejaskan perniagaan.
Sime Darby catat keuntungan bersih RM1.10 bilion pada tahun kewangan 2022
Keuntungan RM1.10 bilion itu termasuk keuntungan sekali RM272 juta daripada penjualan pegangan kumpulan dalam Tesco Malaysia.
Malaysia jadi lokasi pengeluaran pertama Porsche di luar Eropah
Pengeluar kereta Jerman, Porsche AG memilih Malaysia sebagai lokasi pengeluaran pertamanya di luar Eropah.
Sime Darby jangka permintaan untuk kereta mewah kekal kukuh
Permintaan itu disokong oleh golongan kelas menengah atas yang berkembang maju.
Saham Sime Darby meningkat susulan kerjasama dengan Porsche AG
Saham-saham Sime Darby Bhd di Bursa Malaysia meningkat pada awal dagangan Rabu susulan pengumuman syarikat itu menjalin kerjasama dengan Porsche AG.
Sime Darby pasang Porsche - kilang pertama di luar Eropah
Kerjasama tersebut akan membolehkan syarikat itu memasang kereta sport tersebut untuk pasaran Malaysia.
Sime Darby Untung RM1.1 bil Bagi Tahun Kewangan 2018
Syarikat itu juga melaporkan pendapatan bersih sebanyak RM618 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018.