Kesemua 52 kios di pusat barangan teknologi maklumat Bumiputera, MARA Digital Anggerik Mall di sini dijangka beroperasi sepenuhnya selepas Aidilfitri.
Pengarah Urusan Interlink Impact Holding Sdn Bhd, Amizar Abu Adam yang menguruskan MARA Digital Mall, berkata sehingga kini sebanyak 70 peratus peniaga telah memeterai perjanjian perniagaan di situ.
"Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan akan merasmikan MARA Digital Mall bulan depan," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis 'Eratkan Jalinan, Semarakkan Syawal' yang disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari malam tadi.
MARA Digital Anggerik Mall merupakan cawangan kedua selepas mall yang pertama dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Pada Disember tahun lepas, Ismail Sabri dilaporkan berkata MARA Digital Mall akan diperluas di setiap ibu negeri seluruh negara tahun ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan Bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan teknologi maklumat.
Amizar berkata para peniaga di MARA Digital Anggerik Mall akan menikmati pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan sehingga perniagaan mereka stabil dan mendapat keuntungan.
Mengenai kelewatan pembukaan mall itu yang sepatutnya bulan ini, beliau berkata ia disebabkan Interlink Impact Holding hanya mendapat kelulusan untuk menguruskan mall itu pada hujung bulan lepas.
"Kita cuba percepatkan segala persiapan. Kita sasarkan untuk menarik kira-kira 60 peratus golongan berusia 40 tahun ke bawah yang menetap di Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya untuk mengunjungi mall ini.
"Secara tidak langsung kita juga ingin membantu memajukan Anggerik Mall ini yang kurang dikunjungi pelanggan walaupun telah beroperasi selama 10 tahun," katanya.
Beliau berkata MARA Digital Anggerik Mall turut melibatkan penyertaan syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan DiGi serta syarikat pengeluar alat telekomunikasi terkenal iaitu Samsung.
Beberapa aktiviti dan promosi hebat bakal dilaksanakan di MARA Digital Anggerik Mall seperti cabutan bonanza berupa barangan dan produk ICT serta beberapa hadiah misteri yang bakal dimenangi oleh pengunjung dan pembeli bertuah, tambahnya.
Bernama
Thu Jun 30 2016
Sehingga kini sebanyak 70 peratus peniaga telah memeterai perjanjian perniagaan di situ.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
KEB 2024 perlihat agenda perkasakan ekonomi bumiputera tanpa pinggirkan kaum lain
Memberi jaminan bahawa kepentingan kaum lain turut diberi perhatian, Ahmad Zahid berkata mereka juga diberi pelbagai bantuan kerajaan.
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.
Yakin Kerajaan Perpaduan komited bantu Bumiputera Sabah - Hajiji Noor
Sabah mempunyai aspirasi tinggi bersama rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara.
Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani tidak akan mempertahan mana-mana badan agensi Kerajaan yang curang.
Kerajaan Sarawak tekad hapus isu kemiskinan rakyat
Kerajaan Sarawak nekad meningkatkan sosio ekonomi serta menghapuskan kemiskinan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Tabung pecutan transformasi bumiputera bantu lonjak syarikat ke tahap tinggi
Tabung itu antara cadangan dikemukakan 970 peserta sepanjang sesi libat urus kumpulan Daya Saing Perusahaan Bumiputera sempena KEB.
Syor penubuhan Pusat Kajian Pembangunan Bumiputera
Pusat itu bertujuan membangunkan pangkalan data Bumiputera, menjalankan kajian, mewujudkan pelantar perbincangan dan advokasi polisi.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Beliau menjelaskan, tindakan itu termasuk Perkara 153 melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.
Pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenal pasti - PM Anwar
Kerajaan MADANI bertekad untuk memperkukuh agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, bukan hanya kumpulan tertentu sahaja.