Moody's Analytics mengunjurkan harga minyak rendah sepanjang 2020 selepas kegagalan perjanjian mengurangkan pengeluaran antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dengan Arab Saudi dan Rusia yang menyebabkan harga jatuh menjunam, penurunan terbesar sejak 1991.
Pakar Ekonomi Tenaga Moody's Analytics Chris Lafakis berkata peserta pasaran perlu bersedia dengan jangkaan harga minyak diniagakan sekitar US$30 setong.
Menurutnya, peserta pasaran menjangkakan OPEC+ (negara-negara OPEC tambah 10 negara pengeluar minyak bukan-OPEC termasuk Rusia) melanjutkan perjanjian pengurangan pengeluaran yang dijadualkan berakhir pada Mac.
"Tetapi berdepan dengan berita bahawa Rusia tidak akan menyertainya, Arab Saudi memutuskan untuk mengikut jejak langkahnya. Negara itu membayangkan bahawa ia akan meningkatkan pengeluaran melebihi 10 juta tong sehari," katanya dalam satu kenyataan.
Lafakis berkata tindakan itu memberikan tamparan hebat kepada pengeluar minyak ditambah lagi dengan penularan COVID-10 yang telahpun menjejaskan permintaan terhadap perjalanan dan pengangkutan.
"Dunia kini berdepan dengan lebihan bekalan minyak mentah yang nampaknya akan berterusan sehingga tempoh beberapa bulan," katanya sambil menambah untuk memulihkan semula harga minyak memerlukan tiga syarat.
Syarat pertama, katanya, kebimbangan global terhadap pandemik COVID-19 perlu reda, kerana kebimbangan akan menjejaskan dengan ketara aktiviti ekonomi global, terutamanya dalam sektor perjalanan dan pelancongan.
Keduanya, eksplorasi dan pengeluaran minyak perlu dikurangkan: terutamanya pengeluar dengan kos paling tinggi di dunia dengan kitaran proses yang sangat pantas perlu berhenti mencari minyak.
Ketiganya, perselisihan geopolitik antara Arab Saudi dan Rusia perlu ditamatkan.
"Kerjasama mereka telah menstabilkan harga minyak dalam beberapa tahun kebelakangan ini. tetapi tanpa kerjasama itu, pasaran minyak akan menjadi tidak menentu yang mana hanya pengeluar dengan kaedah pengeluaran yang paling padu boleh meraih keuntungan,"katanya.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Dasar Monetarinya Ryan Sweet berkata impak daripada penurunan harga memberi kelebihan kepada perbelanjaan pengguna.
'Bagaimanapun, implikasi terhadap pelaburan berkaitan tenaga adalah tidak menentu kerana ia bergantung kepada pulang modal harga minyak.
"Justeru itu, penurunan harga minyak boleh menjejaskan ekonomi suku ini dan suku akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 10 2020
Untuk memulihkan semula harga minyak, memerlukan tiga syarat, kata Pakar Ekonomi Tenaga Moody's Analytics Chris Lafakis.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
Arab Saudi pastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang Ramadan
Perbandaran Kota Suci Makkah, Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang Ramadan.