Perodua mensasarkan jualan 6 ribu unit sebulan model Myvi terbaharu yang dilancarkan hari ini, dengan sejumlah 5 ribu tempahan sudah diterima sejak dibuka kepada umum bermula 9 November lepas.
Tempahan itu lebih 70 peratus melibatkan varian 1.5 liter berwarna silver.
Model terbaharu Myvi 1.5 liter dan 1.3 liter menampilkan enjin Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan ditawarkan sekitar RM44,300 hingga RM55,300.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, Myvi dengan rekaan serba baharu itu menampilkan teknologi terkini, keselamatan pintar dan dianugerahkan 5 bintang bagi penarafan keselamatan ASEAN NCAP.
“Model terbaharu ini menampilkan teknologi yang sebelum ini hanya dimiliki oleh model premium, ia sekaligus menetapkan penanda aras kualiti bagi kami dari segi rekaan dan keseluruhan penawaran bagi model masa hadapan kami," katanya.
Model Myvi 1.5 liter dilengkapi enam beg udara manakala model 1.3 liter dilengkapi empat beg udara.
Antara ciri utama model terbaharu Myvi termasuk Amaran Pra Pelanggaran, dan Isyarat Pelepasan Hadapan bagi memberi isyarat kenderaan hadapan sudah bergerak ketika kesesakan lalu lintas.
“Kesemua ciri-ciri ini merupakan yang pertama bagi segmen harga model ini. Bagaimanapun keselamatan masih bergantung kepada pemandu dan kesemua sistem hanyalah bertindak sebagai pembantu," kata Aminar.
Myvi terbaharu juga menampilkan penjimatan bahan bakar antara 20.1 hingga 21.2 kilometer per liter, menjadikan ia 32 peratus lebih cekap berbanding model sebelum ini.
Sejumlah enam varian warna diperkenalkan antaranya Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.
Model Myvi terbaharu ini 100 peratus direka oleh 59 orang anak tempatan bagi mengantikan model terdahulu yang diiktiraf sebagai model paling laris di Malaysia bagi 9 tahun berturut-turut.
“Kami lalui pelbagai proses ketat untuk meluluskan rekaan ini. Model ini juga menampilkan 90 peratus komponen dihasilkan secara tempatan.” Tambah Aminar sambil menyangkal dakwaan model Myvi baharu meniru model jenama besar di pasaran.
“Kami mempunyai pasukan Kajian dan Pembangunan (R&D) kami sendiri yang menghasilkan rekaan ini.” Katanya.
Tahun ini Perodua menyasarkan Jumlah Jualan Tahunan (TIV) 200 ribu kenderaan dengan Myvi merangkumi 75 ribu hingga 80 ribu setahun.
Kelulusan pinjaman model Perodua
Dalam pada itu Aminar berkata jumlah kelulusan pinjaman bagi model Perodua menurun kepada antara 47 hingga 48 peratus selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
“Sebelum GST, kelulusan pinjaman bagi model kami adalah sekitar 70 peratus. Namun Perodua masih menjadi jenama paling menarik untuk kelulusan pinjaman,” katanya.
Menyentuh tentang pasaran eksport, Aminar berkata pihak Perodua akan menumpukan kepada pasaran domestik terlebih dahulu sebelum meneruskan rancangan eksport.
Masih beri penekanan kos pemilikan
Perodua masih memberi penekanan kepada kos penyelenggaraan kenderaan di semua pusat servis supaya ia mampu milik, katanya.
“Tidak benar jika ada yang mengatakan kos selenggara di pusat servis kami semakin mahal. Mungkin ada satu atau dua bahagian alat ganti yang meningkat harga namun ia masih terkawal.
“Kami mempunyai program yang memperkenalkan alat ganti original pada harga yang berpatutan bagi menarik kembali pelanggan kami yang sebelum ini menyelenggara kenderaan mereka di bengkel luar," katanya.
Kos pemilikan keseluruhan termasuk kos penyelenggaraan menjadi kunci kejayaan utama jenama itu sejak sekian lama.
Najib Aroff
Thu Nov 16 2017
Model terbaharu Myvi 1.5 liter dan 1.3 liter menampilkan enjin Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan ditawarkan sekitar RM44,300 hingga RM55,300. - Instagram/myperodua_instagram
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Perodua Myvi baharu dapat pensijilan keselamatan lima bintang
Perodua Myvi baharu telah menerima penarafan keselamatan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).
Myvi baharu lebih murah, banyak teknologi baharu
Perodua menyasarkan jualan 6 ribu unit sebulan model Myvi terbaharu yang dilancarkan hari ini, dengan sejumlah 5 ribu tempahan sudah diterima sejak ia dibuka kepada umum bermula 9 November lepas.
Perodua sasar jual 6,000 kereta Myvi baharu
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata model baharu itu akan berada di bilik pameran syarikat berkenaan di seluruh negara mulai esok.
Pengeluaran Perodua Myvi cecah sejuta unit
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata angka itu dicapai pada hujung minggu lalu, sekali gus membolehkan Myvi kekal sebagai kereta paling laris di Malaysia.
Perodua Bezza mula berada di pasaran Sri Lanka
Model Perodua Bezza 1.0L (transmisi automatik) berharga 3.69 juta Rupee Sri Lanka (RM103,162.29).
Perodua Bezza dapat pengiktirafan MRM
Anugerah berkenaan telah diserahkan oleh MRM dalam satu majlis Anugerah Reka Bentuk Terbaik Malaysia 2016/2017 pada 18 April lepas.
Perodua sasar jualan 2017 lepasi 200,000 unit
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menetapkan sasaran jualan sebanyak 202,000 unit bagi 2017, kurang dua peratus berbanding 2016.
Perodua Bezza: Tempahan mencecah 19,000 unit!
Tempahan untuk kereta sedan kompak pertama Perodua, Perodua Bezza, telah pun mencecah 19,000 unit.
Perodua Bezza dibuka untuk tempahan mulai 16 Julai
Model sedan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua, direka sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan sokongan daripada Daihatsu Motor Co.
Perodua tawar bantuan kepada mangsa banjir kilat Kuala Lumpur
Perodua akan memberikan bantuan daripada segi perkhidmatan tunda, diskaun bagi beberapa alat ganti dan pemeriksaan percuma.