Pelabur dari China menaruh keyakinan terhadap Malaysia dan merancang untuk melabur semula memandangkan negara ini menawarkan landskap politik yang stabil dan persekitaran pelaburan menggalakkan, kata Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China, Tan Yew Sing.
Beliau berkata pihaknya telah bertemu dengan pelabur China dan mereka memaklumkan hasrat mahu melabur kembali di Malaysia.
"Saya telah bercakap dengan pelabur China dan mereka merancang membuat pelaburan semula sekiranya kita mempunyai dasar ketelusan bagi sifar toleransi ke atas korupsi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di sini, hari ini
Beliau berkata, susulan siasatan yang giat dilaksanakan ke atas entiti swasta dan kerajaan, Malaysia dijangka menjadi lebih kompetitif bagi jangka panjang, ini kerana korupsi menyebabkan kos perniagaan ke atas rakyat.
Peralihan pimpinan negara kepada Pakatan Harapan telah berjalan dengan lancar dan dianggap sebagai antara peralihan yang paling aman dalam kalangan negara membangun, katanya.
Tan berkata pelaburan dari China adalah penting seperti juga pelaburan langsung asing yang lain, bagaimanapun terpulang kepada pertimbangan kerajaan untuk memutuskan projek yang akan membawa manfaat kepada Malaysia.
"Projek yang tidak memberi sebarang manfaat kepada Malaysia perlu dikaji semula. Kita perlu mengalu-alukan pelaburan yang menggabungkan aspek modal insan tempatan, teknologi tempatan dan pemindahan teknologi," katanya.
Mengenai mesyuarat dengan Majlis Penasihat Kerajaan, Tan berkata organisasinya akan menyediakan laporan berhubung isu yang dialami komuniti perniagaan di peringkat akar umbi.
"Kami mengadakan mesyuarat hari ini dan laporan bertulis akan diserahkan kemudian kepada majlis tersebut," katanya sambil menambah laporan itu dijangka dikemukakan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.
Mengenai sama ada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan pelaburan hartanah China turut dibincangkan semasa mesyuarat itu, Tan berkata perkara berkenaan juga disebut namun tidak secara terperinci.
"Secara asasnya (laporan itu akan merangkumi) maklum balas terhadap ekonomi Malaysia dan (saya yakin) kita perlu menarik semua jenis pelaburan asing, bukan hanya dalam pembangunan hartanah sahaja...(persoalannya) adalah lebih kepada jenis industri dan pelaburan yang diperlukan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 24 2018
TAN: Saya telah bercakap dengan pelabur China dan mereka merancang membuat pelaburan semula.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.