Sarawak Energy Bhd, syarikat milik kerajaan negeri hari ini memeterai Surat Hasrat (LoI) dengan Kalimantan Utara untuk menyediakan kepakaran teknikal dan perundingan kepada wilayah Indonesia itu.
Surat tersebut mengformalkan perjanjian untuk meneroka peluang perkongsian dalam projek penjanaan kuasa dan merangka strategi bagi menambah baik prasarana bekalan kuasa di Kalimantan Utara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Torstein Dale Sjtviet, mewakili Sarawak Energy memeterai surat tersebut manakala Kalimantan Utara diwakili gabenornya Dr H. Irianto.
Majlis permeteraian itu disaksikan oleh Menteri Utiliti Awam Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Bercakap selepas majlis permeterian tersebut, Sjtviet berkata LoI itu menyediakan asas bagi Sarawak Energy untuk berkembang ke peringkat antarabangsa.
"Kami kini mempunyai peluang untuk menunjukkan kapasiti dan keupayaan kami dalam mengurus dan membangunkan projek kuasa di luar Sarawak.
"Ia juga membuka ruang bagi profesional dalam Sarawak Energy untuk mempraktiskan kepakaran dan pengetahuan mereka di luar negara," katanya.
Terdahulu pada Januari, Sarawak Energy, mula mengeksport kuasa ke Kalimantan Barat.
Syarikat itu juga membangunkan rancangan dengan Brunei dan Sabah bagi lebih banyak projek sambungtara yang akan memajukan konsep ASEAN Grid.
Bernama
Thu Apr 28 2016
SJTVIET: LoI itu menyediakan asas bagi Sarawak Energy untuk berkembang ke peringkat antarabangsa.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Pengambilan tanah perlu libatkan pampasan sewajarnya - Awang Tengah
Pengambilan tanah oleh kerajaan Sarawak untuk pelaksanaan projek pembangunan awam harus melibatkan pampasan sewajarnya, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
PRN Sarawak: Calon Bukit Sari tiba di PPC
Proses penyerahan borang calon yang bermula pada jam 9 pagi hingga 10 pagi itu dilakukan di Majlis Daerah Lawas.
Sarawak Energy meterai LoI dengan Kalimantan Utara
Sarawak Energy Bhd, syarikat milik kerajaan negeri pada Rabu memeterai Surat Hasrat (LoI) dengan Kalimantan Utara untuk menyediakan kepakaran teknikal dan perundingan kepada wilayah Indonesia itu.