Sejumlah 16 orang dikhuatiri terkorban selepas belon udara panas terbakar dan terhempas di Texas pada Sabtu, lapor media Amerika Syarikat.

Kemalangan tersebut berlaku pada 7.40 pagi apabila belon tersebut terhempas di sebuah lapangan berhampiran Lockhart, kira-kira 30 batu di selatan Austin, menurut Penyelaras Udara Wilayah (FAA) dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tiada penumpang dilaporkan terselamat, saluran berita ABC memetik pihak berkuasa daerah Caldwell.

Tiada kenyataan rasmi berhubung kecederaan atau kemalangan nyawa buat masa ini.

Buat masa ini, lokasi kejadian tersebut dipantau pihak FAA dan Badan Keselamatan Pengangkutan Nasional bertanggungjawab dalam siasatan kemalangan.