ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 24 Jun 2020.

1) COVID-19: India catat peningkatan mendadak, lebih 15,000 kes baharu direkodkan

India merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi pada Rabu dengan 15,968 kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu sebanyak 455,000 kes.

2) Penularan COVID-19 di Beijing kini terkawal

Majlis Perbandaran Beijing memaklumkan penularan jangkitan COVID-19 di Pasar Borong Xinfandi kini dalam keadaan terkawal.

3) COVID-19: Indonesia records 49,009 positive cases, 2,573 deaths

The number of COVID-19 positive cases in Indonesia has now surpassed 49,000 with an additional 1,113 cases reported in 24 hours.

4) Anak kapal kargo dari Rusia yang tiba di Korea Selatan perlu dikuarantin

Semua anak kapal kargo dari Rusia yang tiba di pelabuhan Busan, Korea Selatan akan dikuarantinkan.

5) Russia's COVID-19 infections cross 600,000

With 7,176 new coronavirus cases registered in Russia over the last 24 hours, the country's total infections hit 606,881 on Wednesday, reported Anadolu Agency.

6) Kes positif COVID-19 seluruh dunia lepasi angka 9.15 juta

JUMLAH kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 9.15 juta setakat awal pagi Rabu.

7) COVID-19: Angka kematian seluruh dunia 474,000

Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan angka korban global meningkat 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.

8) Vaksin COVID-19 di AS akhir tahun ini

Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS) memberitahu kongres bahawa vaksin COVID-19 berkemungkinan akan tersedia di negara itu pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

9) Superkomputer terpantas dunia 'Fugaku' bantu cari penawar COVID-19

Sebuah superkomputer di Jepun yang berkelajuan tinggi dilaporkan mempunyai kemampuan luar biasa termasuk kemungkinan membantu manusia menemukan rawatan bagi mencegah virus SARS-CoV-2 punca penyakit COVID-19.

10) PBB kecewa tindak balas dunia terhadap COVID-19

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik kurangnya koordinasi antarabangsa dalam menangani pandemik COVID-19 dan memberi amaran 'polisi bersendirian' banyak negara tidak akan mengalahkan virus itu.