Kementerian Luar China menyatakan sokongan kepada Arab Saudi dalam mengendalikan kes pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.

Menteri Luar China, Geng Shuang berkata, kes berkenaan adalah urusan dalaman Arab Saudi dan seharusnya tidak dipolitikkan.

Sebaliknya, kata China, ia wajar dibawa ke peringkat antarabangsa untuk diadili.

Pada Selasa, mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati kepada lima yang didakwa membunuh wartawan dan kolumnis Washington Post itu.

BACA: 5 dihukum mati bunuh Jamal Khashoggi

BACA: Arab Saudi bayar anak Jamal Khashoggi ribuan dolar setiap bulan sebagai pampasan

Pihak istana Arab Saudi menafikan penglibatan pewaris takhta kerajaan, Mohammed Salman, dan berkata beliau tidak tahu apa-apa tentang pembunuhan pemberita tersebut.

Khashoggi, warga Arab yang mempunyai kerakyatan Amerika Syarikat, dibunuh di bangunan konsulat Saudi di Istanbul, Turki pada 2 Oktober 2018.

BACA: Putera Mahkota Arab Saudi didakwa tidak terlibat kes pembunuhan Khashoggi

BACA: Pembunuhan Jamal Khashoggi satu kezaliman - Dr Mahathir

Sehingga kini, mayatnya masih belum ditemui.