Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 40,000 selain merekodkan 2,231 kematian.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari ini, republik itu mencatatkan 1,106 kes positif baharu dengan 33 lagi kematian.

"Kes positif kini berjumlah 40,400 manakala jumlah pesakit dalam pemantauan ialah seramai 13,510 orang," dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 637 kes, diikuti provinsi Jakarta (557 kes), Jawa Barat (162), Kalimantan Selatan (135) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-- BERNAMA