Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura telah melaporkan 12 lagi kes jangkitan COVID-19 di republik itu dan satu daripadanya dikaitkan dengan perhimpunan keagamaan di Masjid Sri Petaling di Malaysia.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di republik itu setakat ini ialah 212.
Menurut kenyataan MOH pada Sabtu, kes yang dikaitkan dengan perhimpunan keagamaan itu membabitkan seorang lelaki rakyat Singapura berusia 44 tahun yang berada di Malaysia dari 28 Feb hingga 3 Mac.
Mangsa, yang kini ditempatkan di bilik isolasi Hospital Besar Sengkang (SKH), dilaporkan mula mengalami gejala jangkitan itu pada 3 Mac.
Beliau pergi ke SKH pada 12 Mac dan keputusan ujian mengesahkan bahawa mangsa dijangkiti virus berbahaya itu pada hari berikutnya, menurut kementerian.
Sebelum dimasukkan ke hospital, MOH berkata mangsa telah mengunjungi Masjid Al-Mawaddah yang terletak di No 151 Compassvale Bow; Masjid Jamek (Chulia) di No 218, South Bridge Road dan Masjid AlIstiqamah di No 2, Serangoon North Avenue 2.
Menurut kementerian itu, lapan kes jangkitan COVID-19 telah dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh setakat ini ialah 105 orang.
Daripada 107 kes yang disahkan dan masih dirawat di hospital, kebanyakannya adalah stabil atau semakin pulih manakala 14 berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
Setakat tengah hari Sabtu, MOH mengenal pasti sejumlah 5,244 kontak rapat yang telah dikuarantin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 14 2020
MOH mengenal pasti sejumlah 5,244 kontak rapat yang telah dikuarantin.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
TNB tanggung kos rawatan kanak-kanak mangsa renjatan elektrik
Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyalurkan segala bantuan termasuk menanggung kos rawatan dan perubatan seorang kanak-kanak yang terkena percikan arka di pencawang elektrik (PE) di Sri Bayu, Bayan
Kebakaran bilik isolasi Hospital Slim River bukan punca tangki oksigen
Siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu sedang dijalankan pihak hospital dan bomba.
COVID-19: Operasi HoSHAS seperti biasa, hanya bahagian terlibat ditutup
Penutupan yang bermula semalam hingga 20 Jun ini melibatkan Klinik Pakar Unit Rawatan Harian, Unit Hemodialisis dan Jabatan Rehabilitas.
COVID-19: Singapura catat 12 kes baharu, 8 pesakit dibenarkan pulang
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di republik itu setakat ini ialah 212.
Empat kes baharu COVID-19 di Singapura, jumlah terkini 81
Salah seorang daripadanya adalah wanita warga Malaysia.