PEMIMPIN spiritual Tibet, Dalai Lama telah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan di sebuah hospital Delhi akibat jangkitan kuman di dada.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Tseten Samdup Chhoekyapa.

Pemenang Nobel Keamanan berusia 83 tahun itu yang telah dibawa dari penginapannya di kawasan pergunungan di utara India, dilaporkan sudah pulih, menurut Tseten.

Tseten turut dilaporkan berkata, Dalai Lama dimasukkan ke hospital selepas mengadu ketidakselesaan di dada beberapa hari lalu.

Dalai Lama hidup dalam buangan di Dharamsala, utara India pada awal 1959 selepas membuat penentangan yang gagal terhadap kerajaan China.