Lebih 32 anak kapal hilang selepas kapal tangki bertembung dengan sebuah kapal pengangkut pukal di luar pantai di Timur China pada Ahad.

Kapal tangki Sachi milik Iran yang membawa minyak didaftarkan di Panama itu dipercayai berlanggar dengan kapal tersebut sebaik tiba di laluan berkenaan.

Pelanggaran itu menyebabkan kapal tangki tersebut terbakar dan menumpahkan sejumlah besar minyak.

Pihak berkuasa maritim China telah menghantar bantuan pasukan mencari dan menyelamat termasuk menggunakan pesawat udara.

Kerja-kerja pemadaman dan pembersihan juga sedang giat dijalankan.

30 daripada krew yang hilang itu dipercayai warga Iran manakala dua daripadanya merupakan warga Bangladesh.

Kapal Sachi itu berlayar dari Iran ke Korea Selatan apabila ia bertembung dengan kapal CF Crystal yang didaftarkan di Hong Kong ketika memasuki laluan 257 kilometer (160 batu) dari pantai Shanghai.

Bagaimanapun semua krew Crystal Berjaya diselamatkan.

Sachi dipercayai membawa 136,000 metrik tan kondesar iaitu sejenis minyak Ultra-Ringan ketika kemalangan itu berlaku.

Setakat ini punca kejadian masih belum diketahui.