Menteri Kewangan Singapura Heng Swee Keat dipilih menjadi Penolong Setiausaha Agung Pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP), sekali gus merintis jalan baginya untuk menjadi perdana menteri keempat republik ini.
Mengikut kelaziman, seseorang yang dipilih menjadi Penolong Setiausaha Agung Pertama parti itu merupakan bakal perdana menteri Singapura berikutnya.
Dalam bukunya "One Man's View of the World" terbitan 2013, Perdana Menteri Singapura pertama, mendiang Lee Kuan Yew menyifatkan Heng sebagai "Ketua Setiausaha Sulit terbaik yang pernah saya ada."
Heng, 57, memiliki latar belakang pendidikan yang cemerlang untuk 'menuntut' jawatan itu memandangkan beliau memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Awam daripada Harvard University dan Ijazah Ekonomi daripada Cambridge University.
Setelah pulih daripada strok pada Mei 2016, Heng berkhidmat sebagai pengarah urusan Monetary Authority of Singapore (MAS) selama enam tahun hingga 2011 sebelum menyertai bidang politik.
"Saya tak akan terima pelantikan ini sekiranya saya tidak yakin kesihatan saya mengizinkan saya untuk berbuat demikian. Episod hidup dan mati menguatkan lagi komitmen saya untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura," kata Heng seperti dipetik media tempatan di sini hari ini apabila ditanya tentang keadaan kesihatan beliau.
Heng menjadi anggota parlimen bagi Kawasan Perwakilan Kumpulan Tampines sejak Pilihan Raya Umum 2011.
Susulan kepada pemilihan dwitahunannya pada 11 Nov, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) PAP mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini, yang menyaksikan pemilihan Heng menyandang jawatan tersebut dan barisan pemegang jawatan baharu.
Menteri Perdagangan dan Industri Chan Chun Sing dipilih sebagai Penolong Setiausaha Agung Kedua, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong sebagai pengerusi parti, manakala Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Masagos Zulkifli sebagai naib pengerusi.
Sementara itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang kekal sebagai setiausaha agung PAP, berkata CEC baharu itu akan menerajui parti berkenaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan selewat-lewatnya menjelang April 2021.
"Pemilihan CEC baharu itu merupakan langkah penting ke hadapan bagi pembaharuan politik kami. Menteri dan penyandang jawatan lebih muda sering mengadakan mesyuarat beberapa bulan kebelakangan ini bagi membincangkan siapakah yang patut mengetuai mereka," kata Lee dalam laman Facebook PAP.
Menurut Lee, peralihan secara lancar kepada pasukan baharu untuk menerajui parti hingga selepas pilihan raya akan datang adalah penting, bukan sahaja bagi PAP, tetapi juga demi masa depan Singapura.
Lee berkata beliau akan mengumumkan perubahan Kabinet apabila tiba waktunya.
Singapura mungkin mempunyai perdana menteri keempatnya dalam masa empat tahun dari sekarang kerana Perdana Menteri Lee, 66, pernah membayangkan beliau ingin 'menyerahkan baton' kepada penggantinya menjelang beliau berusia 70 tahun.
Lee menjadi perdana menteri ketiga dan perdana menteri semasa Singapura sejak 2004.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 23 2018
Heng menjadi anggota parlimen bagi Kawasan Perwakilan Kumpulan Tampines sejak Pilihan Raya Umum 2011. - Foto REUTERS
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Selepas tiga bulan, siapa 'frontrunner' calon Perdana Menteri Singapura?
Kerajaan Singapura berfungsi seperti biasa dengan masing-masing menjalankan peranan baharu mereka selepas rombakan drastik Kabinet.
Kabinet Singapura dirombak, tujuh menteri bertukar portfolio
Selepas dua minggu Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat memutuskan untuk mengundur diri sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP).
TPM Singapura letak jawatan sebagai ketua pasukan 4G PAP
Heng berkata keputusan itu diambil "selepas pertimbangan dan perbincangan teliti dengan keluarganya".
Singapura umum bajet "Muncul Kukuh Bersama" bernilai S$107 bilion
Singapura telah memperuntukkan sejumlah S$107 bilion di bawah bajet 'Muncul Kukuh Bersama'.
Singapura tambah S$8 bilion bagi langkah-langkah sokongan untuk pekerja dan perniagaan
Ia merupakan tambahan kepada S$100 bilion dalam empat belanjawan yang diumumkan sebelum ini.
PRU Singapura: Cabaran utama PAP kekalkan undi popular
Undi popular PAP yang semakin menurun menjadi satu persoalan besar dalam membuat jangkaan dominasi mereka.
40,000 peluang pekerjaan akan diwujud menerusi pakej rangsangan ekonomi keempat Singapura
Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan republik itu, Heng Swee Keat, pakej ransangan ekonomi yang dikenali sebagai Fortitude Budget itu bernilai S$33 bilion (RM101 bilion).
COVID-19: Singapura umum bajet solidariti bernilai S$5.1 bilion
Dalam peruntukan itu, S$4 bilion akan disalurkan kepada sokongan tambahan untuk perniagaan dan pekerja dan S$1.1 bilion adalah untuk Pembayaran Solidariti.
Sultan Johor berkenan terima kunjungan TPM Singapura
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Bukit Serene di sini pada Rabu.
Heng Swee Keat dilantik TPM Singapura berkuat kuasa 1 Mei
Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura berkata Heng kekal sebagai Menteri Kewangan dan akan terus mempengerusikan Majlis Ekonomi Masa Hadapan serta Yayasan Penyelidikan Kebangsaan.