Ko Mratt, etnik Rohingya dari Myanmar, menceritakan kisah tragiknya kepada penyelidik, yang beliau hampir kehilangan seluruh anggota keluarganya dalam pembunuhan kejam yang didakwa dilakukan oleh tentera Myanmar tahun lepas.
Bekas penduduk perbandaran Maungdaw itu berkata beliau kehilangan adik yang sedang melahirkan bayi, seorang lagi adik yang hamil tujuh bulan, anak lelaki berusia empat tahun dan anak saudara lelaki berusia lima tahun pada 14 Okt.
Mereka semua ditembak mati, katanya kepada para penyelidik Rangkaian Hak Asasi Manusia Burma (BHRN), yang telah menyiarkan laporan, dakwaan kekejaman terhadap umat Islam di Myanmar, bertajuk, "Penganiayaan terhadap Umat Islam di Burma. Laporan BHRN".
Ko dalam laporan itu menceritakan bagaimana dia melihat ibunya yang berusia 70 tahun dibunuh, isteri ditembak dan rumah mereka dibakar dalam pembunuhan kejam itu.
Sebaik selepas kejadian mengerikan itu, Ko dan isterinya yang mengalami kecederaan parah melarikan diri dari bandar tersebut ke Cox's Bazaar di Bangladesh, dan berjaya mendapatkan bantuan doktor untuk merawat luka tembakan yang dialami isterinya.
Isterinya selamat dalam tempoh getir itu. Doktor telah mengeluarkan serpihan peluru, tetapi 18 lagi serpihan masih berada dalam badan isterinya.
Laporan itu melibatkan lebih 350 wawancara dalam tempoh lapan bulan bermula Mac 2016, testimoni yang dikumpulkan daripada individu di lebih 46 bandar dan kampung seluruh Myanmar.
Laporan itu yang dikeluarkan Selasa, oleh pengasas dan pengarah eksekutifnya, Kyaw Win di sini, membuktikan bukti kukuh mengenai penindasan sistematik yang berterusan, yang tidak hanya terhad kepada etnik Rohingya tetapi juga kepada umat Islam lain di Myanmar.
Laporan itu dikeluarkan selepas satu lagi serangan pembunuhan tercetus di negeri Rakhine yang menurut organisasi bantuan antarabangsa telah mengorbankan beratus-ratus nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak.
Kekejaman itu yang didakwa dilakukan oleh 'Tatmadaw' atau tentera Myanmar juga telah memaksa lebih 100,000 warga Rohingya untuk meninggalkan rumah mereka yang musnah akibat dibakar.
Laporan setebal 100 halaman itu, turut menyingkap pengalaman seorang lagi lelaki Rohingya, Ye Thu, 40, juga dari Maungdaw, yang terjebak dalam kekejaman itu bersama-sama tiga abangnya serta dua anak beliau dan terpaksa melarikan diri.
Beliau berkata kira-kira 3.30 pagi pada 13 Nov, kampung mereka diledakkan dengan bunyi tembakan yang dilepaskan dari helikopter dan daratan dari sumber yang tidak diketahui. Keesokan harinya, dia melihat gerombolan besar anggota tentera menghampiri kampung itu dan terus melarikan diri ke belukar berhampiran.
Ye berkata dari tempat persembunyiannya, dia melihat Tatmadaws membakar kebanyakan 450 rumah di kampung itu, didakwa menggunakan senjata roket pembakar.
Beliau juga menyaksikan tentera menangkap dan membunuh penduduk kampung antaranya anak saudara, sepupu dan menantu perempuannya.
Selain dokumenkan testimoni memperincikan kekejaman terhadap etnik Rohingya dalam operasi ketenteraan itu, BHRN juga merekodkan beberapa contoh, apabila umat Islam pelbagai etnik dinafikan hak untuk mendapatkan kad pengenalan atau dikenali sebagai Kad Pendaftaran Negara (NRC).
Menurut organisasi itu, umat Islam menghadapi banyak masalah ketika memohon NRC termasuk dinafikan hak dan keperluan melengkapkan dokumen yang sukar untuk diperoleh mengenai susur galur keluarga sebelum 1824.
Pihak berkuasa juga terus menyekat pembinaan semula masjid dan madrasah yang telah rosak, dimusnahkan atau ditutup dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
"Di Myanmar, keengganan pihak berkuasa untuk membenarkan pembinaan semula masjid yang telah dimusnahkan dan larangan terhadap umat Islam untuk melaksanakan ibadah di rumah ibadat mereka, menjadi sebahagian daripada strategi untuk menafikan hak beragama bagi umat Islam," menurut BHRN.
Menurut laporan itu, lima tahun selepas keganasan tercetus antara penganut Buddha dan orang Islam di barat Myanmar, keadaan umat Islam (termasuk mereka yang bukan etnik Rohingya) di seluruh negara itu semakin buruk.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2017
Seorang etnik Rohingya berkata beliau kehilangan adik yang sedang melahirkan bayi, seorang lagi adik yang hamil tujuh bulan, anak lelaki berusia empat tahun dan anak saudara lelaki berusia lima tahun pada 14 Okt.- Foto Reuters
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sesi kaunseling kepada keluarga mangsa libatkan KWKM dan KPM
Datuk Seri Nancy Shukru menjelaskan sesi kaunseling melibatkan anak mangsa nahas helikopter di Lumut akan mellibatkan Kementerian Wanita dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.